>ADUN SELISING AKHIRNYA MENGAKU BERZINA !!


>
Sudah sekian lama kita tidak dengar mengenai kes ADUN Selising, YB. Saiful Bahri yang didedahkan pernah melakukan maksiat khalwat dan zina bersama Sapina Seman. Adakah isu ini telahpun selesai? Bukan sahaja belum selesai, bertambah kusut ADUN PAS Kelantan ini. Melayu CinDia difahamkan ADUN Selising ini merayu kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkan kesemua jawatan yang dipegang di dalam PAS dan juga Kerajaan Negeri. Letak Jawatan? Tindakan ADUN tersebut dilihat seolah2 beliau mengiyakan pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

YB. Saiful Bahri juga dikatakan tidak lagi kelihatan di sekitar kawasan yang sering kali beliau kunjungi termasuklah di sebuah kedai kopi kegemarannya di sekitar Pasir Puteh. Berita mengenai rayuan beliau untuk melepaskan kesemua jawatan ini disahkan sendiri beberapa kenalan rapat beliau yang disiasat oleh Blogger Papa Gomo dan Facebooker Nadi Rakyat.

Nik Aziz bagaimanapun dengan nada marah menolak perletakan jawatan beliau yang disifatkannya sebagai melepaskan batuk di tangga. Sungguhpun Nik Aziz ketahui bahawa YB Saiful melakukan zina tersebut, akan tetapi Nik Aziz telahpun mengatakan bahawa Tuhan dan beliau sendiri telah mengampunkan segala dosa beliau. Ini disahkan oleh bekas orang kanan Nik Aziz sendiri.

Persoalannya, sampai bilakah YB. Saiful akan menyembunyikan diri. Jadilah seorang pemimpin yang bertanggungjawab. Lepaskan jawatan. Minta diri disiasat. Kerana Melayu CinDia sedih, rakyat Kelantan telah ditipu oleh PAS.

  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: