>Nilaikan Sendiri Ler, Isu Roboh Masjid


>
PAS kata UMNO roboh ‘Masjid Kg Bujal’..Masjid atau Rumah?? Jika benar pun masjid…, kat Tganu dah byk masjid yg Kerajaan dah bina, tapi kenapa masih perlukan masjid yg berupa rumah buruk/surau? Adakah ini yg selalu dikatakan puak PAS suka solat dua imam??? Cuba perhatikan foto ‘masjid kg bujal’ di bawah, jurutera struktur manakah yang design seteruk ini???

Semasa pemerintahan PAS di Terengganu selama satu penggal. Fungsi JSR adalah melebihi kuasa Pegawai Daerah. Pegawai Daerah umpama lembu dicucuk hidung, terpaksa menurut perintah JSR… kalau tidak kena ambil tindakan oleh BOSS mereka Hadi Awang.

Maka mereka berebut rebutlah membahagi tanah berkelompok diantara meraka. Mereka tidak mengikut peraturan Pejabat Tanah Daerah dalam kaedah mengagih tanah… mereka guna peraturan sendiri

Mereka yang tersenarai dalam pembahagian tanah.. terpaksa membayar kepada JSR beribu ribu ringgit untuk mendapatkan tanah. Duit diberi, tapi tiada resit dikeluarkan ( Tradisi PAS memang takde resit rasmi… habuan duit umpama harta jihad yang perlu dihalalkan dan tidak perlu dipertikaikan)

Maka tamatlah pemerintahan PAS apabila Hadi Awang tersungkur jatuh dari kerusi MB. Kuasa Allah memilih sesiapa yang dikehendaki menjadi pemimpin, nampaknya Hadi Awang tak mendapat berkat ilahi.. hanya sempat merasa kerusi MB selamat 4 tahun. Tapi masih tak sedar diri merasa diri sebagai ulama muktabar.

Apabila kerajaan BN kembali berkuasa… beribu ribu kawasan tanah berkelompok yang diduduki secara haram perlu dibersihkan. Mana mana bangunan yang didirikan tanpa restu Pejabat tanah perlu dirobohkan… maka keluarlah notis meroboh oleh Pejabat Tanah. Apabila empunya (lembu lembu PAS) rumah yang didirikan secara haram tidak mengendahkan notis maka terpaksalah kerajaan sendiri menjalankan tugas merobohkan rumah rumah tersebut.

Maka tersebutlah alkesah di Kampong Bujal…. PAS tergesa gesa mendirikan sebuah premis di tapak tanah berkelompok ciptaan PAS. Maka di istiharkan bangunan tersebut sebagai masjid tanpa kelulusan Jabatan Agama Islam ataupun Mufti Negeri. Tujuannya apabila premis itu dirobohkan oleh kerajaan maka mereka bolehlah membuat cerita.. kononnya Kerajaan merobohkan masijid… itulah strategi PAS…

Maka berlakulah apa yang dirancang oleh PAS tadi… kerajaan benar benar merobohkan premis tersebut. Peluang PAS terbuka luas… maka di canangkan ke seluruh saentero benua.. kerajaan BN ZALIMMMMM… roboh masjid. Rakyat jelata yang kurang cerdik mempercayai loyar buruk PAS ini, tapi rakyat cerdik dah lali dengan tipu muslihat PAS ini.

Maka berbagai cerita tokok tambah bagi menyedapkan cerita mereka yang Kerajaan BN bertindak zalim meroboh masjid.. disebarkan keseluruh Negeri. Itulah kerja PAS… mereka tiada isu besar.. lalu mencipta ISU untuk meraih simpati… Kesian Hadi Awang dan konco konconya…

Pas dicabar jelaskan pengurniaan tanah rizab

Oleh MARZUKI YUSOFF (www.utusan.com.my)

KUALA TERENGGANU 30 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu hari ini mencabar Pas untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakannya mengurniakan banyak lot tanah rizab kerajaan kepada golongan kaya semasa parti itu memerintah negeri ini.

Ketua Pemudanya, Mohd. Sabri Alwi berkata, para pemimpin Pas semasa menerajui kerajaan negeri dulu perlu menjelaskannya kerana rakyat berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut beliau, berdasarkan kepada senarai penerima lesen menduduki sementara (LMS) bagi tanah-tanah rizab kerajaan semasa Pas memerintah negeri ini, banyak daripadanya adalah golongan berpendapatan tinggi sehingga hampir RM15,000 sebulan.

“Kita juga mahu Pas menjelaskan ke mana perginya wang yang dibayar oleh sesetengah penduduk kepada Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) bagi proses mendapatkan tanah-tanah tersebut.

“Pemuda UMNO sudah menerima beberapa nama penduduk terbabit yang telah membuat pembayaran tetapi tidak mendapat tanah-tanah kerajaan itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO negeri di sini, petang ini.

Menurut Mohd. Sabri, pihaknya sebelum ini mengelak campur tangan dalam isu tersebut kerana menganggapnya sebagai `isu pentadbiran’ yang perlu diselesaikan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Tetapi Pas nampaknya telah menggunakan tindakan pihak berkuasa mengambil semula tanah-tanah rizab daripada sesetengah penerima LMS yang telah tamat tempoh untuk menghasut dan meracuni rakyat.

“Langkah Pas itu adalah bagi mengelabui mata rakyat dan cuba menutup tindakan mereka yang bertentangan dengan undang-undang sebelum ini,” tegasnya.

Mengenai isu `masjid’ di Kampung Bujal, Beris Meraga, Kemaman, yang dirobohkan oleh pihak berkuasa baru-baru ini sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Pas, beliau berkata, premis itu bukannya masjid tetapi premis yang akan dijadikan markas parti pembangkang itu.

“Pemuda UMNO difahamkan premis itu didirikan secara tergesa-gesa selepas beberapa notis pengosongan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“Lebih pelik lagi ialah apa yang didakwa kononnya sebagai masjid itu dibina di kawasan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang tidak mempunyai penduduk dan penduduk sekitar boleh menggunakan masjid sedia ada yang dibina oleh kerajaan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa adalah sesuatu yang mustahil tuduhan Pas mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri bertindak zalim merobohkan masjid sedangkan banyak masjid baru dibina.

Menurut Mohd. Sabri, pihaknya percaya propaganda Pas berhubung isu tanah itu adalah bagi menyelamatkan karier politik pemimpin mereka yang kini menerima tekanan daripada penyokong dan ahli parti itu yang telah membuat bayaran kepada JSR bagi urusan mendapatkan tanah-tanah itu dulu.

“Pemuda UMNO mahu penyokong Pas yang menghadapi masalah supaya tampil bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung cara pengagihan dan pembayaran dibuat bagi mendapatkan tanah-tanah tersebut,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Ahmad Shabery Cheek dalam satu kenyataan hari ini kesal kerana Pas melakukan pembohongan apabila menuduh berlaku kezaliman dalam isu merobohkan masjid di Kampung Bujal itu.

“Apa yang dirobohkan itu hanya sebuah premis yang didirikan secara tergesa-gesa tanpa kebenaran pihak berkuasa dan dipanggil masjid oleh pembangkang bagi melindungi mereka yang telah melanggar undang-undang.

“Kalau di kawasan RTB Kampung Bujal memerlukan masjid, kenapa tidak dibina ketika Pas memerintah dan mewartakannya tetapi mereka berbuat demikian selepas kalah,” tegasnya.

Selain itu, menurut Ahmad Shabery, para pemimpin Pas perlu bertanya kepada diri sendiri kenapa dalam tempoh parti itu memerintah Terengganu dulu, tiada masjid yang dibina di daerah Kemaman sedangkan terdapat keperluan ketika itu.

“Kami sedang memantau perkara ini dan akan mengambil langkah-langkah perlu yang sesuai termasuk membuat laporan polis,” katanya.

sumber : Mykmu & Anti-Rebel
link : http://anti-rebel.blogspot.com/2011/02/pas-kata-umno-roboh-masjid-kg.htmlSee more
by: Anti-PKR Club

  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: