>Calon Merlimau: Blogger PAS mula serang PKR dan Shamsul (AMK) !!!


>
Berkenaan isu calon PR di Merlimau, berikut dilampirkan serangan blogger PAS terhadap PKR yang melabelkan PKR sebagai sedang berpenyakit kronik. Serangan juga ditujukan khas buat Ketua AMK.

PAS telah terlalu banyak berkompromi. Terlalu banyak memberi ruang kepada PKR selama ini. Terlalu berlembut sedangkan PKR yang sedang menghadapi penyakit kronik dengan beberapa orang ahli parlimen dan DUN telah meninggalkan parti tidak pernah mahu membetulkan perjalanan parti mereka.

Di Merlimau, calon PAS lebih berpotensi. Sekalipun Ketua AMK merasakan dirinya hebat, tetapi beliau bukan anak tempatan Merlimau, dan telah diberikan peluang berkali-kali oleh PAS kerana ketamakannya untuk bertanding – tetapi tidak pernah pun menang malah kalah di kerusi yang pernah dimenangi PAS seperti Dungun.

Pada masa ini, PKR sepatutnya mengambil peluang membetulkan perjalanan parti mereka yang tercemar teruk akibat penipuan di dalam Pemilihan 2010, bukan untuk merebut kerusi PAS. Satu dunia telah tahu mengenai kepincangan perjalanan pemilihan PKR 2010tetapi belum ada langkah positif diambil oleh pucuk pimpinannya untuk mengatasinya.

Justeru itu, PAS dilihat lebih berpotensi dan lebih layak bertanding di DUN Merlimau.

  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: