>Kecoh: PAS dan PKR berebut kerusi DUN Merlimau


> Pemuda PAS mahu hak parti itu untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dikekalkan dan dihormati rakan dalam pakatan pembangkang. Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, perkara itu telah dipersetujui bersama oleh pakatan PAS-DAP-PKR sebelum ini bahawa kerusi yang diperuntukkan kepada mana-mana parti dalam gabungan pembangkang kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

PAS pada 1999 dan 2008, telah bertanding di kerusi itu manakala pada 2004 ia ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sebelum itu, kerusi tersebut ditandingi Semangat 46 pada 1995.
Beliau berkata, tindakan meminta, mendesak atau membuat kenyataan mendahului pucuk pimpinan parti oleh mana-mana pihak dalam pakatan pembangkang itu perlu dielakkan kerana ia bertentangan dengan semangat setiakawan dan persetujuan yang dicapai ketiga-tiga parti.

“Berpegang kepada persetujuan sebelum ini, ia patutnya dikekalkan status quo kepada PAS. Saya harap pihak-pihak berkenaan menghormatinya.
“Saya juga tidak suka tindakan yang diluar musyawarah (berunding) kerana ini akan mengganggu gugat keharmonian pakatan dan ia juga boleh merumitkan proses menentukan siapa yang patut bertanding,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Nasrudin berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka akan menawarkan calonnya untuk bertanding di kerusi DUN Merlimau dan ia akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan pusat untuk dibincangkan. Baca lanjut di bernama.com

  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: