>Stesen pam air RM22j bermanfaat


>
LEMAL – Stesen Pam Air Lemal yang bernilai RM22 juta membekalkan keperluan air kepada 10,000 petani di seluruh jajahan Pasir Mas di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) bermula tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kemudahan pam air ini bakal dimanfaatkan kepada keperluan petani di seluruh jajahan Pasir Mas yang mengusahakan bendang seluas 25,000 ekar atau 9,000 hektar.

“Jika dahulu, etani di sini mengalami kesulitan dan kerugian sehingga ribuan ringgit bagi satu-satu musim apabila tiba musim kemarau menjelang Mac hingga Mei setiap tahun.

“Seperti yang diketahui, kerugian ketika musim kemarau tahun lalu kerugian terburuk apabila mereka mengalami kerugian yang tinggi,” katanya kepada Sinar Harian ketika merasmikan pam air lemal, baru-baru ini.

Hasir sama, Pengerusi Kada, Tan Sri Annuar Musa; Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Che Mohd Hashim Abdullah; Pengurus Besar Kada, Ibrahim Mat dan Pengerusi Majlis Pertanian Pembangunan Parlimen Pasir Mas, Hanafi Mamat.

Noh berkata, pam ini bakal menyalurkan keperluan air menjelang musim kemarau sehingga pada paras 0.5 meter berbanding 1.6 meter bagi pam yang sedia ada.

Beliau berkata, kerajaan membelanjakan lebih RM20 juta bagi menaik taraf penggunaan pam air di Lemal bagi membendung masalah pengairan dalam kalangan petani, di sini.

Noh berkata, pam ini membolehkan petani mendapat hasil berlipat kali ganda meskipun menjelang musim kemarau, selain menjamin keberhasilan dalam ‘food security’ negara.

Beliau berkata, ini secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil padi negara daripada 5 tan kepada 6 tan per hektar.

“Selepas ini, kita berharap usaha kerajaan menangani masalah rakyat dapat memberi semangat baru kepada petani khasnya rakyat dalam bidang pertanian,” katanya.

  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: