>KUNYIT HANGIT! KENAPA ANWAR SUKA LARI EK?


>

Anwar Ibrahim rupa-rupanya hangin apabila rahsianya hendak melarikan diri ke Amerika Syarikat sudah dibocorkan dan diketahui umum. Maka terpaksalah dia membuat u-turn dan mencari salah orang lain agar malunya itu sedikit berkurangan. Konon-kononnya dia berani dan tidak akan mundur walau setapak pun.

Dan dengan menggunakan angan-angan kosongnya bahawa Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya, Anwar Ibrahim cuba berlawak sakan bahawa yang akan lari ke luar negara nanti adalah Najib Abdul Razak. Dan katanya lagi, tiga soalan peribadi yang akan ditanya kepada Najib nanti pasti akan membuatkan Najib demam iaitu soalan tentang pembunuhan Altantuya, komisen RM500 juta untuk pembelian kapal selam dan kejadian dalam hotel pada tahun 1997.

Berdasarkan perkembangan semasa, yang dilihat melarikan diri dan kerap berulang alik sebagai jet-setter bukanlah Najib Abdul Razak, sebaliknya Anwar Ibrahim. Malah yang mula-mula melarikan diri bagaikan tikus kena bakar ekor ketika pecah berita, laporan dibuat oleh Saiful, Anwar meliwatnya, ke Kedutaan Turki dengan anak bininya saling memberikan laporan dan alasan yang bercanggah. Dan akhirnya, terkeluar juga alasan yang paling bangang pernah dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim sepanjang dia berada dalam sejarah politik negara bermula 1982 iaitu, ADA ORANG NAK BUNUH DIA!!!

Anehnya, beberapa hari selepas dia ‘dihalau’ dari Kedutaan Turki, dia boleh berceramah dengan bebas dan ke sana ke mari tanpa sedikit pun takut dibunuh sebagaimana dakwaannya!

Ianya sama juga seperti keracunan arsenik, disuntik virus HIV, disihir dan sebagainya yang kesemuanya bersifat karut-marut.

Cerita tentang Altantuya dan peristiwa penangkapan Najib bersama seorang artis wanita pada tahun 1997, sudah pun dibuktikan sebagai cerita pembohong. Si penulis buku yang cuba mewujudkan kisah penangkapan khalwat Najib Abdul Razak, sudah lama meninggal dunia dan buku tersebut sekadar wujud dalam bentuk kulit buku, bukan isinya. Kulit buku itulah yang diusung ke sana ke mari untuk mendapatkan PUNGUTAN DANA daripada musuh-musuh Najib Abdul Razak.

Begitu juga dengan komisyen RM500 juta yang sehingga kini kekal sebagai cerita dongeng yang tidak berfakta. Ianya tidak sama langsung dengan kisah Anwar cuba lari ke luar negara apabila meminta suaka politik di Kedutaan Turki. Ianya tidak sama langsung dengan kisah pink-form dan pengangkatan kasta adik-beradiknya dengan pelbagai syarikat serta GLC pada masa dia berkuasa. Bahkan ianya tidak sama langsung dengan kekayaan Anwar Ibrahim sendiri yang bersifat luar biasa dan tidak pernah berjaya diterangkannya.

Makin kesian dengan Anwar Ibrahim…. Allah Taala telah menaikkannya ke mercu kuasa, tetapi kemudian Allah Taala menurunkannya dalam keadaan yang mengaibkan….

Moga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara sedemikian!

  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: