>LADANG RAKYAT & TANAH RIZAB MELAYU


>

BIL NAMA LADANG JAJAHAN KELUASAN (EKAR)

1. Ladang Rakyat Lubok Bongor (Jeli) 8,043.364
2. Ladang Rakyat Kandek (Kuala Krai) 5,038.471
3. Ladang Rakyat Renok (Gua Musang) 8,682.775
4. Ladang Rakyat Sokor (Tanah Merah) 1,997.9
5. Ladang Rakya Pos Pasek (Gua Musang) 11,280.386
6. Ladang Rakyat Limau Kasturi (Gua Musang) 3,271.670
7. Ladang Rakyat Paloh 4 (Gua Musang) 954
8. Ladang Rakyat Pos Hau (Gua Musang) 6,466
9. Ladang Rakyat Pos Pulat (Gua Musang) 2,445
10. Ladang Rakyat Kuala Balah (Jeli) 4,575

Walaupun pada ketika ini ladang kelapa sawit masih di peringkat penanaman dan belum mengeluarkan hasil, Perbadanan telah pun memperolehi pendapatan hasil dari pemajuan kawasa ladang rakyat. Pada bulan Julai 2006, dividen kepada peserta mula dibayar oleh Perbadanan. Seramai 1,125 orang peserta pada peringkat pertama telah dibayar dividen dimana setiap peserta menerima sebanyak RM200 sebulan. Pembayaran dividen dibuat pada setiap empat bulan dimana Majlis Penyampaian Sijil Peserta dan Pembahagian Dividen Saham diadakan.

Pembahagian Dividen

2006 1,125 ekar RM200 seorang
2009 4,803 ekar RM200 seorang

Sehingga bulan Disember 2009, sejumlah 4,802 peserta yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina, India dan Orang Asli telah mendapat manfaat daripada pemajuan ladang kelapa sawit. Disamping itu peserta juga dilindungi oleh Takaful Hayat berkelompok yang mana pewaris mereka akan menerima menafaat sekiranya berlaku kematian.
Peserta akan menikmati dividen bulanan yang lebih tinggi daripada apa yang diperolehinta pada masa ini apabila ladang – ladang rakyat mula mengeluarkan hasil dan memperolehi pendapatan nanti. Dengan permintaan dan harga pasaran sawit yang tinggi pada masa ini dan akan datang, ianya dijangka akan memberi manfat yang besar kepada peserta.

TANAH RIZAB MELAYU

Akta Tanah Negeri Kelantan
Negeri Kelantan, sebagai sebuah Negeri
Melayu Tidak Bersekutu, sebelum merdeka
lagi telah memiliki Akta Tanah

AKTA TANAH KELANTAN
Lebih 90% dari tanah di Kelantan adalah Tanah Rizab Melayu Kelantan.
– Hanyan Melayu Kelantan sahaja boleh memiliki tanah di Kelantan
– Baki yang bukan rizab pula boleh dijual kepada bukan Melayu dengan syarat dilahirkan atau telah menetap atau
dari generasi yang telah menetap di Kelantan sebelum 1930.
– Kelulusan khas dari Exco Negeri oleh mereka yang tidak menepati syarat di atas.

TIMBERMINE & KESEDAR
Pemberian kawasan balak yang teramat luas pada tahun 1964 dibuat oleh Menteri Besar PAS iaitu Dato’ Ishak Lotfi.
Manakala pembatalan pula di buat oleh Menteri Besar PAS BN pada tahun 1974, ialah Dato’ Muhammad Nasir.
PAS telah menyertai Barisan Nasional selepas penubuhannya pasca Mageran akibat rusuhan kaum 1969. Dalam pilihanraya 1974 PAS telah bertanding seiring dengan UMNO menentang pimpinan PAS yang menyisihkan diri kerana tidak bersetuju menyertai BN. PAS menang lebih kurang 22 kerusi dan UMNO menang lebih kurang 13 kerusi (harap dapat pembaca membetulkan jumlah kerusi ini kerana saya belum dapat membuat semakan).
PAS masih dominan didalam kerajaan BN yang memerintah Kelantan. Diantara sebab pembatalan perjanjian dengan Timbermine Sdn. Bhd. ialah kerana rakan kongsi baru PAS didalam BN iaitu UMNO merasa amat tidak selesa dengan pemberian tanah balak seluas itu seolah – olah PAS mahu menggadai Negeri Kelantan.
Ahli – ahli Dewan Undangan Negeri PAS kemudiannya telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar merekan sendiri kerana antara sebabnya mereka merasakan Dato’ Muhammad Nasir adalah pilihan BN dan bukan kehendak Parti PAS. Muhammad Nasir tumbang dan berlaku rusuhan di Kota Bharu. Dharurat kemudiannya diistiharkan.
PAS kemudiannya disingkirkan daripada BN.
Didalam pilihanraya 1978, UMNO telah habis – habisan menggunakan isu pemberian kontrak balak sebagai bukti bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.
Keputusan pilihanraya itu cukup menyedihkan bila PAS hanya tinggal 2 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Menteri Besar baru, Tan Sri Muhammad Yaacob diangkat mewakili Barisan Nasional. Saya dimaklumkan satu rundingan diadakan diantara Kerajaan Negeri Kelantan ketika itu dengan Timbermine Sdn. Bhd. yang melibatkan tanah yang kemudian diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk dimajukan oleh KESEDAR. Pihak Kerajaan Negeri membayar sejumlah pampasan kepada Timbermine Sdn. Bhd. bagi kawasan tersebut.

RM800 Juta

Nik Aziz salahkan BN

KOTA BHARU 1Jan. -Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahkan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri ini pada 1975 sebagai penyebab kerajan negeri perlu membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd.
Bajet tahunan Kerajaan Negeri adalah sekitar RM400 juta sahaja setahun. Perintah bayaran pampasan berjumlah RM800 juta adalah bersamaan 2 tahun bajet Kerajaan Negeri.

  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: