DAP hina PAS lagi di Merlimau


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau agar tidak terpengaruh dengan kempen simpati Pas yang meminta para pengundi di DUN terbabit untuk memberi peluang kepada Pas sebagai wakil pembangkang di dalam DUN Melaka.

Menurut beliau permintaan tersebut adalah sesuatu yang cukup melucukan kerana bukankah DAP yang merupakan sekutu rapat Pas sudah pun berada di dalam DUN Melaka hari ini dan mereka boleh “menggunapakai” Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP untuk menyalurkan segala-galanya.

“Saya difahamkan permintaan ini datangnya daripada salah seorang pemimpin Pas yang meminta peluang pada kali ini diberikan kepada mereka kerana Pas tidak ada satu kerusi pun di negeri berkenaan. Jadi dia kata suara Pas di Melaka itu tidak dapat disampaikan.

“Jadi saya nak bertahu bukankah Pas bersahabat baik dengan DAP dan bukankah DAP dah ada di dalam DUN Melaka hari ini. Justeru Pas tidak perlu wakil di Melaka sebab DAP dah ada dan menjadi wakil kepada pembangkang di sana.

“Pas boleh mewakilkan DAP sebagai wakil mereka di Melaka. Ini adalah realiti. Sehubungan itu saya syorkan tidak perlu undi Pas di Merlimau sebab sahabat karib Pas dah ada di Melaka,” katanya kepada UMNO-Online ketika kunjungannnya ke Felda Jengka 23 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan berkata pakatan pembangkang tidak layak dipanggil sebagai Pakatan Rakyat kerana gabungan di dalam parti tersebut masih tidak mendapat pengiktirafan daripada pendaftar pertubuhan.

“Lagi satu bila pula rakyat berpakat menyokong mereka. Jadi kepada seluruh pimpinan kita dan media, hentikan guna PR sebagai pakatan rakyat. Mereka sebenarnya golongan cacamerba, mereka adalah puak pembangkang. Oleh kerana itu saya menyeru tidak lagi sebut pakatan rakyat…pakatan dua tiga kerat bolehlah..atau puak pembangkang,” katanya. -MediaUMNO

  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: