NIK AZIZ GAGAL SERBA-SERBI… GAGAL TOTAL!!!!


Kalau sembang dengan budak-budak PAS dan Pakatan, pujian melambung akan diberikan kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Malahan adakalanya pujian yang diberikan dan lambungan yang dibuat macam tidak masuk akal. Macam dengar cerita wayang kulit pulak bagaimana Rama dilahirkan dan Laksamana pergi menyelamatkan Sitta Dewi.

Punyalah dongeng yang didongeng-dongengkan….

Tapi paling menarik ialah apabila masing-masing segera menjadikan Kelantan sebagai contoh teladan kepada negeri-negeri lain. Kata mereka, Kelantan adalah negeri contoh. Kelantan negeri maju yang berada di bawah pentadbiran ulama. Kata mereka lagi, disebabkan barokahnya tangan ulama yang memerintah Kelantan, kehidupan di Kelantan dipenuhi dengan warna-warna keIslaman. Bahkan ketika azan berkumandang dari arah masjid, para peniaga tidak bertangguh meninggalkan premis masing-masing untuk berjamaah di masjid. Bukan itu sahaja, premis pula tidak ditutup dan dikawal. Pendek kata, punyalah aman Kelantan nih sepanjang 20 tahun berada di bawah Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Persoalannya, benarkah begitu atau ia sekadar angan-angan si pengangau yang sebenarnya tidak ada jawapan untuk sebarang masalah di Kelantan sebaliknya terpaksa mengarang cerita dongeng untuk meyakinkan orang ramai bahawa Nik Abdul Aziz adalah seorang pemimpin yang baik?

Tinjauan yang dibuat di Kota Bharu dan pekan Pasir Mas, bahkan di Pasir Puteh, jauh daripada benar berbanding cerita yang dikhabarkan!!! Bahkan ketika azan berkumandang dari arah Masjid Muhammadiyyah, Kota Bharu, manusia di Pasar Khatijah atau Pasar Kubu Buluh, masih berurusan dengan sibuk macam tak dengar apa-apa.

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

Paling menarik ialah apabila mereka cuba bandingkan Nik Abdul Aziz dengan Ali Rustam. Ali Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka selama 10 tahun, jauh lebih ‘junior’ berbanding Nik Abdul Aziz.

Di atas adalah carta perbandingan 18 perkara penting…. dan dalam kesemua perkara baik (No 1 sampai No. 13) Kelantan di bawah Nik Abdul Aziz ketinggalan serba-serbi…. tetapi apabila melibatkan perkara-perkara buruk seperti kelahiran anak tak sah taraf, jenayah kekerasan, jenayah keseluruhan dan perceraian di kalangan Muslim (No.14 – No.18) Kelantan mendahului Melaka jauh ke hadapan!!!!

Atau dalam bahasa halusnya, KEMUNGKARAN DI KELANTAN MENGATASI MELAKA!!!!

Ada pula yang berpendapat, Kelantan ketinggalan jauh dalam keadaan serba-serbi kerana Kerajaan Pusat telah menganaktirikan Kelantan. Bahkan sehingga mendaratkan minyak di perairan Kelantan (benar ke?) di Siam bagi mengelakkan pemberian royalti kepada Kelantan.

Benarkah dakwaan itu atau sama seperti dongeng tentang kehebatan Nik Abdul Aziz juga?

Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, peruntukan untuk Kelantan adalah RM6.7 bilion, manakala Melaka pula sekadar memperolehi RM3.7 bilion. Oleh kerana itu, dakwaan bahawa Kelantan telah dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat adalah tertolak sama sekali, bahkan Kelantan merupakan antara negeri yang mendapat peruntukan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Persoalannya, apa yang Nik Abdul Aziz buat dengan duit-duit peruntukan itu? Untuk rakyat atau untuk kaum keluarga, sahabat handai dan kaum kroninya?

Perhatikan pula… jumlah keseluruhan yang diperolehi oleh Kelantan dari RMK3 sehingga RMK9 adalah RM19.7 bilion sedangkan Melaka hanya memperolehi RM10.4 bilion!!!

Perlu diingat, Melaka tidak ada balak, tidak ada tanah yang berlebihan, tidak ada pasir dan bahan mentah sebagai komoditi. Bahkan Melaka juga tidak membenarkan industri berat di negeri tersebut. Industri yang ada di Melaka adalah industri sederhana dan kecil.

Barokah tang mananya Nik Abdul Aziz dalam sudut pentadbiran dan pengurusan? Hebat di mananya Nik Abdul Aziz yang kerap berceramah dan memberi kelas pengajian kepada para pentaksubnya? RM600 juta untuk penaiktarafan bekalan air bersih di seluruh Kelantan pun, lesap begitu sahaja dan projek penaiktarafan tidak pula dijalankan….

Atau barangkali segala peruntukan yang berbilion-bilion ringgit dari Kerajaan Pusat itu telah dicampakkan oleh Nik Abdul Aziz ke laut sebab takut makan benda syubhah?

Buka mata, buka hati dan perdalamkan ilmu… Dajal tidak hanya datang dalam bentuk seorang penjahat, tetapi Dajal yang dibantu oleh Yaajuj dan Maajuj juga boleh datang dalam bentuk seorang tua berserban, berjubah dan sembangnya kedengaran mirip benar dengan tazkirah dan kuliah agama Islam!!!!

  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: