SEKALI ANWAR BELIT, TUJUH KALI HADI AWANG TERBELIT!!!!


Kritikan Najib Abdul Razak terhadap Ikhwanul Muslimin dan Yusuf Qardhawi mengundang persepsi negatif terhadap Perdana Menteri Malaysia itu. Paling menarik apabila Najib Abdul Razak dikatakan mengecop Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah pertubuhan pengganas kerana dalam kata-katanya ada ‘ekstrem… Ikhwanul Muslimin…. Yusuf Qardhawi’.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang begitu pantas memberikan respons (RUJUK SINI) dan Anwar Ibrahim mendahului Abdul Hadi Awang dengan memetik laporan daripada National Review dan kemudian dimanipulasi dengan tujuan untuk menunjukkan betapa jahilnya Najib Abdul Razak dan sikap permusuhannya terhadap Ikhwanul Muslimin serta Yusuf Qardhawi.

Satu perkara yang sangat menarik berdasarkan ucapan Najib Abdul Razak yang dipetik oleh National Review itu ialah, pada bahagian mana yang menunjukkan Najib Abdul Razak mengecop Ikhwanul Muslimin dan Yusuf Qardhawi sebagai pengganas dan ektrim?

Apakah Abdul Hadi Awang sebenarnya tidak membaca National Review, sebaliknya sekadar mendengar cakap Anwar Ibrahim tanpa sebarang usul periksa sekalipun Anwar Ibrahim menerusi BLOGnya turut meletakkan pautan dengan National Review? Atau barangkali Abdul Hadi Awang BUTA BAHASA INGGERIS?

National Review dalam laporannya menyebut Najib Abdul Razak menyatakan, Ikhwanul Muslimin tidak wajar menjadi sebahagian daripada proses peralihan yang sedang berlaku di Mesir sekarang, selagi mereka tidak menolak keganasan dan ekstremisme. Najib juga dalam ucapannya berkata, beliau bimbang dengan sikap yang ditunjukkan oleh Yusuf Qardhawi, yang boleh menyebabkan pandangan serta pertimbangan terhadapnya akan menjejaskan kredibilitinya sendiri.

Yusuf Qardhawi dalam satu ‘fatwa’ tentang Libya, mengatakan Muammar Ghadafi perlu dibunuh dan orang yang ‘menghantar peluru’ kepada Muammar Ghadafi adalah pensyahid.

Seperti yang dinyatakan oleh Abdul Hadi Awang, Ikhwanul Muslimin adalah sebuah pertubuhan dakwah yang menentang penjajahan dan ditubuhkan untuk melaksanakan islah dan tajdid mengikut al Quran dan al hadis. Ikhwanul Muslimin menyertai pilihanraya dan melakukan penentangan dengan jalan damai sekalipun para pemimpinnya termasuklah As-Sayyid Hasan Al-Bana telah dibunuh kerana kebimbangan melampau proksi Amerika Syarikat dan Zionis Israel terhadap perluasan kuasa serta pengaruh Ikhwanul Muslimin.

Bahkan, seperti yang dinyatakan oleh Abdul Hadi Awang, Yusuf Qardhawi telah memainkan peranan yang penting untuk membawa golongan muda Mesir yang melampau dan tidak sabar ke pangkal Islam dan berjuang mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh agama.

Justeru apabila Najib Abdul Razak menekankan tentang keganasan dan fahaman melampau, yang menyentuh Ikhwanul Muslimin serta Yusuf Qardhawi, seharusnya ia dipandang dari sudut yang lebih baik, bukan mengikut mata dajal Anwar Ibrahim.

Persepsi Barat terhadap Islam dan ulama-ulama Islam seringkali SANGAT NEGATIF. Apabila Yusuf Qardhawi mengeluarkan fatwanya berkenaan dengan pembunuhan Muammar Ghadafi secara umum, Barat dan musuh Islam semakin memperkukuhkan persepsi buruk yang mereka tanam tentang Islam dan ulamanya. Begitu juga Ikhwanul Muslimin yang sekarang ini diberikan label sebagai HAIWAN POLITIK yang sudah tidak sabar-sabar untuk merebut kuasa di Mesir, sedangkan hakikatnya, Ikhwanul Muslimin masih belum memberikan kata putus untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam pentadbiran Mesir.

Musuh Ikhwanul Muslimin dan Yusuf Qardhawi sentiasa mencari-cari peluang untuk memburukkan dan memusnahkan mereka. Dengan memberikan tanggapan bahawa Ikhwanul Muslimin dan Yusuf Qardhawi adalah penyokong keganasan menerusi sokongan mereka terhadap keganasan di Mesir dan Libya, Ikhwan dan Al-Qardhawi perlu dihapuskan dari muka bumi ini.

Dan kerana itulah, Najib Abdul Razak meminta agar Ikhwanul Muslimin dan Yusuf Qardhawi tidak tercebur dalam persepsi negatif musuh-musuh Islam. Malangnya, dajjal yang bertubuh badankan Anwar Ibrahim di Malaysia segera mewujudkan tanggapan bahawa Najib Abdul Razak mengecop Ikhwanul Muslimin dan Yusuf Qardhawi sebagai ekstremis dan pengganas dengan memautkan National Review sebagai sandarannya.

Keadaannya serupa benar dengan PAS. PAS ditubuhkan untuk tujuan yang murni dan suci. Malangnya apabila golongan yang laparkan kuasa berada dalam PAS dan mengeluarkan pendapat mereka, persepsi majoriti rakyat Malaysia, bahkan umat Islam sendiri, terhadap PAS sangat buruk. Sekalipun para pemimpin PAS terus mendabik dada bahawa mereka memperjuangkan Islam, tetapi kenyataan-kenyataan umum mereka, seringkali memperlihatkan PAS sebenarnya sebuah parti yang bacul, tidak berpendirian, sangat lemah, mudah dimanipulasi dan TIDAK BEROTAK.

Keadaan itu bukanlah disebabkan oleh PAS dan perlembagaan atau dasar perjuangannya tetapi kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpinnya secara umum.

  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: