DAKWAAN TUN HANIF OMAR JUGA SEORANG PELIWAT??


Aktiviti Homoseksual yang dibongkar oleh Tun Mahathir melalui buku keluaran terbaru beliau telah disahkan sendiri oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar. Ini diberitahu beliau apabila diasak dengan soalan panas dari wartawan Laman Portal Terkenal, Agenda Daily.
“Bila kita dapat maklumat dari mata-mata (pegawai polis) kita, kita siasat, kerja siasat ini kerja polis, dan polis dilatih untuk perkara itu. Jadi cakap pihak lain, konon itu ini, tak boleh pakai, kerana mereka tidak dilatih untuk menyiasat,” kata beliau.
Tun Hanif juga mendakwa, isu penglibatan Ketua Pembangkang itu dalam aktiviti Seks Luar Tabii telah timbul sejak sekian lama sejak beliau memegang jawatan Ketua Polis Negara lagi. Ketika itu, ramai di kalangan peguam katanya berpusu2 menawarkan diri bagi membela dan mendakwa kes ini.
Tun Hanif juga ada memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Mahathir. Malah, beliaulah individu pertama yang berani tampil mendedahkan kegiatan kotor Anwar itu. Namun, Tun Mahathir tidak mempercayainya kerana Anwar merupakan anak didiknya dan beliau amat menyayangi Anwar pada ketika itu.
“Saya dilihat menjadikan beliau mangsa dan memenjarakannya seolah-olah tanpa menghadapi perbicaraan. Nama saya ditulis dalam buku dan rencana sebagai Perdana Menteri yang memenjarakan timbalan sendiri, Fakta bahawa beliau telah didakwa secara teratur dan berdepan dengan perbicaraan di mahkamah tidak pernah dibangkitkan,” katanya.
Tun Hanif Omar merupakan antara individu yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Jun 1999 sebagai saksi pihak pendakwa dalam kes liwat pertama membabitkan Anwar Ibrahim. Menurut laporan pada ketika itu maklumat yang beliau perolehi daripada siasatan Cawangan Khas (SB) yang kemudian disampaikan kepada Dr Mahathir pada 9 Oktober 1993 dalam satu pertemuan di pejabat beliau.
Beliau telah menjawab soalan dari wartawan Agendadaily ketika menghadiri Majlis Pelancaran Memoir Tun Mahathir : A Doctor In The House pada hari ini.
  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: