Hari Ini Dalam Sejarah


10 MARCH


 

PERASMIAN PEMBUKAAN BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BERHAD
Tarikh Peristiwa : 10-03-1966

Pada hari ini dalam tahun 1966, Perdana Menteri Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman Putra telah merasmikan pembukaan Bank Bumiputra Malaysia Berhad yang terletak di Lebuh Ampang, Kuala Lumpur. Bank ini ditubuhkan hasil daripada salah satu resolusi Kongres Ekonomi Bumiputra yang diadakan pada 4-6 Jun 1965 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Resolusi tersebut mencadangkan sebuah Bank Bumiputra hendaklah ditubuhkan sebagai suatu bank perniagaan biasa dengan modalnya disediakan oleh kerajaan sebelum hak miliknya diserahkan kepada kaum bumiputera melalui jualan sahamnya. Bank ini akan ditadbirkan seorang Pengarah Urusan dan sembilan orang Pengarah. Encik Mohd. Roslan Abdullah telah dilantik sebagai Pengarah Urusannya yang pertama.

 

DAN SETERUS………………


Bangunan MARA

PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN MARA
Tarikh Peristiwa : 10-03-1967
Pada hari ini dalam tahun 1967, bangunan MARA telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia. Bangunan ini merupakan pusat induk pengurusan dan pentadbiran MARA dan terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur. Bangunan setinggi lapan tingkat ini telah menelan kos pembinaan sebanyak RM3.5 juta. Tingkat satu hingga tingkat tiga telah menyediakan 30 buah ruang kedai. Manakala di tingkat empat hingga tingkat lapan berfungsi sebagai jentera pentadbiran. Pada tahun 2005, bangunan ini telah digantikan dengan bangunan baru setinggi 26 tingkat yang menjadi simbol kelangsungan agenda perjuangan Bumiputera. Ia terletak di antara Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Sesungguhnya, pembukaan bangunan MARA ini telah menjadi mercu tandakemegahan dan simbol perjuangan bangsa Melayu sertamembolehkan kaum Bumiputera berdiri di atas kakinyasendiri.
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

 

  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: