Nik Ajis Kecewa Wajahnya Kurang Terpampang Di PRK Kerdau Dan Merlimau


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian.
Beliau berkata kenyataan Nik Aziz kononnya media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang pada Ahad lalu, adalah tidak relevan.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata apabila PAS mengekalkan mandat di Kelantan, menawan beberapa negeri lain dan menang di beberapa kawasan dalam pilihan raya sebelum ini, media tidak dipersalahkan pula.
“Ada pepatah Melayu berkata, bila tak pandai menari dikatakan lantai jungkang-jungkit. Jadi saya fikir Datuk Nik Aziz harus melihat sejarah.”
Beliau berkata media mempunyai gambaran sendiri yang disajikan menerusi televisyen dan radio, jadi ada juga beberapa sajian yang tidak menepati cita rasa masing-masing.
“Tentu sekali beliau tidak puas hati dengan beberapa sajian, saya juga tidak berpuas hati dengan beberapa sajian surat khabar ataupun media cetak,” kata Rais.
Beliau berkata apa saja keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini yang diputuskan oleh rakyat wajar diterima.
– Bernama
Gomo: apa yang di katakan oleh Dato Seri Rais Yatim adalah benar dan seharusnya pihak PAS bermuhasabah diri yang mereka kini telah pun di tolak rakyat Malaysia khusunya orang Melayu.
Isu media di jadikan modal oleh pihak Pas walhalkan di Kelantan tak pula di pertikaikan peranan media. Mengapa di Prk peranan media yang menjadi keutamaan?
Sebenarnya Nik Ajis kecewa kerana di Prk Merlimau dan Kerdau wajah nya tidak banyak terpampang di billboard dan juga risalah. Emmm patut lah Nik Ajis marah.
Kelantan penuh dengan wajah nya yang dengan pelbagai memek muka, ada yang menangis, ada yang sedih dan mengambarkan dirinya seorang yang kedaifan. Walhalkan hakikat sebenar Nik Ajis hanya berpura pura bagi mendapat simpati rakyat Kelantan.
Semoga Nik Ajis sedar diri bahawa dirinya bukan lagi seorang selebrity tetapi tak ubah seperti Mubarak pemimpin Mesir yang wajar di singkirkan.
Sumber Papa Gomo
  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: