Saifuddin Sanjung Anwar Ibrahim Sebagai Personaliti Hebat


Dalam forum bersama dengan Nurul Izzah di Universiti Malaya pada 8 Mac 2011, Saifuddin telah mengakui kebaikan Buku Jingga yang dibawakan oleh pembangkang dan menegaskan bahawa akta-akta tertentu perlu dihapuskan. Saifuddin juga turut mengakui Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, sebagai personaliti yang hebat dan mempunyai pandangan jauh dalam pelbagai perkara, sehingga turut diakui dunia (baca sini). Saifuddin tidak berani balun Nurul Izzah tetapi dengan blogger-blogger yang sokong kuat BN, Saifuddin hendak balun. Saifuddin ini di pihak mana? Jadi, benarlah Saifuddini ini memang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim (baca sini).
18 Feburuari 2011 yang menyiarkan berita tindakan mahasiswa pro pembangkang yang dikenali sebagai Pro Mahasiswa bertindak liar dengan memecahkan pintu pejabat Timbalan Naib Canselor HEP (baca sini). Ini cara “politik baru” yang mahu dibawa kepada pelajar?
Saifuddin menyatakan perkara ini di hadapan pelajar-pelajar universiti dan di hadapan Nurul Izzah, anak Anwar Ibrahim. Ketika Anwar Ibrahim sedang dibicarakan tentang kesnya di mahkamah, anaknya pula berjumpa untuk seorang ahli parlimen BN di sebuah universiti. Ahli parlimen BN tersebut memuji dan mengakui personaliti hebat Anwar di hadapan anak muda. Ada sesuatu yang tidak kena dengan “politik baru” Saifuddin ini.
Tidak sepatutnya ada ahli parlimen BN yang bersikap double standard begini. Memang wajar Saifuddin dikenakan tindakan segera oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Kalau anak muda sokong Anwar lagi, puncanya adalah Saifuddin. Kalau sokongan generasi muda tidak pergi kepada BN pun puncanya adalah kerana mengekalkan seorang Timbalan Menteri yang tidak selari dengan kepimpinan BN untuk menjaga universiti.
  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: