Terimalah hakikat, BN tetap di hati rakyat


 

Kemelut kebangkitan massa atau revolusi rakyat di beberapa negara di Timur Tengah tidak harus disamakan sama dengan perkembangan politik di negara ini untuk

semata-mata mempersetujui dakyah parti pembangkang kononnya kepimpinan politik negara ini juga perlu diubah.

Bagaimanapun, itu yang acapkali diperkatakan golongan pembangkang dan penyokong mereka seolah-olah senario dan latar belakang politik, ekonomi dan sejarah Malaysia tidak terlalu berbeza dari Mesir, Libya ataupun Tunisia.

Misalnya, sebagai contoh yang paling ketara, menjelang hari penamaan calon dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau beberapa minggu yang lalu, kedengaran isu ini dikitar semula oleh gololongan ini.

Harapan mereka yang mengitarnya tentu saja mahu melihat kebangkitan rakyat bermula di Kerdau dan Merlimau. Seandainya api kemarahan boleh dinyalakan di Merlimau dan Kerdau, api itu juga mahu dinyalakan diseluruh pelusuk tanahair dan juga bagi memastikan Putrajaya juga turut terkena tempiasnya.

Dalam lain perkataan sekiranya cara yang demokratik terlalu lambat untuk mereka mengambil alih tampok pemerintahan maka cara yang tidak demokratikpun boleh lantas memperlihatkan betapa politik ‘matlamat menghalalkan cara’ dipergunakan tanpa perlu memikirkan kestabilan negara dan keselamatan rakyat.

Adalah amat ketara kesulitan yang dihadapi golongan ini untuk menaikkan parti dan pemimpin pilihan mereka. Jika dilihat dari segi perkembangan politik semasa, pemimpin mereka yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah peribadi dan politik, sukar menjadikan pemimpin mereka bertaraf nasional.

Nampak gayanya silap haribulan, belum sempat pilihanraya umum akan datang, pemimpin berkenaan sudah awal-awal lagi tersungkur di gelanggang pengikut sendiri. Tanda-tanda penyokong mereka sudah meluat dengan gelagat dapat dilihat dari “exodus” atau perpindahan beramai-ramai rakan-rakan seperjuangan ke parti pemerintah.

Justeru mereka begitu menyedari betapa melalui demokrasi dan menerusi peti undi, jalan ke Putrajaya tidak semudah yang dijangka. Jalan itu seperti menghadapi kebuntuan dan pemimpin yang dipuja pula semakin berlumpur dengan pelbagai kritikan dari orang-orang di sekeliling.

Tanggungjawab pemimpin adalah untuk memastikan rakyat selamat dan kerana itu juga maka Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein memberi amaran kepada mereka yang mengapikan rakyat termasuk tindakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Walaupun golongan pembangkang ini begitu beriya-iya cuba memaksa rakyat betapa insiden politik yang berlaku di Asia Barat itu mempunyai kesamaan dengan Malaysia, namun mereka terlupa bahawa kemelut di negara Arab yang terlibat adalah di antara rakyat dan rejim pemerintahan yang sama ada tidak demokratik atau mengenepikan demokrasi.

Perbalahan adalah diantara rakyat dan pemimpin mereka. Di Malaysia pula, hal serupa ini tidak timbul sama sekali. Pertembungan terhebat politik di negara ini hanyalah di antara parti pembangkang yang cuba mengambil alih kerajaan dengan apa cara sekalipun dengan parti pemerintah. Oleh itu, soal pembabitan rakyat tidak timbul sama sekali.

Dalam konteks ini, kita lihat mereka sebenarnya hanya membuang masa dalam cuba menggunakan isu luar negara yang sama sekali tidak relevan dan tidak ada persamaan dalam apa jua bentuk untuk kepentingan politik mereka.

Rakyat Malaysia begitu faham betapa kerajaan sentiasa berlaku adil dan saksama kepada rakyat tanpa mengira kaum dan warna kulit, sama ada orang itu beragama lslam ataupun menganut apa jua agama dan kepercayaan.

Mudah sahaja untuk sesiapa melihat bagaimana sumber perolehan minyak kita dikembalikan kepada rakyat menerusi pelbagai subsidi dan pembinaan infrastruktur untuk rakyat. Tidak ada sesiapapun boleh menafikan hakikat ini. Malah sekiranya rakyat merasakan kerajaan perlu sesekali menjadi ibarat Santa Claus, maka itu juga dilakukan oleh pemimpin kerajaan.

Kunjungan Tan Sri Mahyuddin dan pemimpin lain ke Kerdau dan Merlimau menyaksikan agihan pelbagai projek. Walaupun ia berlaku setiap masa dan tidak semestinya ketika musim pilihanraya kecil sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah media, tetapi pokoknya, belum undi parti kerajaan pun rakyat sudah mendapat manfaat. Tapi kalau undi pembangkang, dapat apa?

Pembangkang tidak harus salahkan rakyat jika mereka ditolak seperti di Merlimau dan Kerdau kerana rakyat, pada jangkaan kita, sudah jemu dengan permainan politik kumpulan ini.

Menggunakan isu Mesir dan Tunisia sebagai modal politik untuk meraih pengaruh dan undi bukan sahaja tidak releven malah ia sangat merbahaya kepada keselamatan rakyat.

Sekelip mata saja rakyat menghukum mereka yang cuba mengaitkan Malaysia dengan kebangkitan rakyat di sana. Kerdau dan Merlimau bukannya Kaherah ataupun Benghazi dan Manama.

Dalam pilihanraya kecil yang baru lalu itu, pengundi di kedua-dua DUN berkenaan nampaknya memberikan kemenangan besar kepada calon Barisan Nasional.

Ceramah dan kempen serta tulisan di laman siber seperti diduga bertujuan menanam bitbit-bibit kebencian namun usaha agar rakyat bangkit menentang BN itu seperti kata pepatah “ayam terlepas tangan berbau tahi ayam.”

Rakyat di Merlimau dan juga di Kerdau serta di seluruh Negara tidak sebodoh itu terpengaruh dengan sentiment ini. Membandingkan Mesir, Tunisia dan Libya dengan Malaysia seperti membandingkan sistem komunisme dengan sistem kapitalis. Dan lebih bodoh lagi, perbandingan itu dibuat dikala rakyat di DUN Merlimau dan Kerdau bebas memilih wakil mereka tanpa dihalang atau dipaksa oleh mana-mana pihak.

Feel good factor awal-awal lagi dipamerkan apabila di kedua-dua kawasan, pengundi keluar lebih ramai dari mereka yang mengundi didalam pilihanraya umum 2008. Di Merlimau, seramai 8,435 atau 79 peratus pengundi keluar membuang undi berbanding dengan hanya 76.1 peratus dalam pilihanraya umum lalu. Manakala semangat demokrasi di Merlimau dimanfaaatkan oleh semua pihak, situasi di DUN Kerdau pula, satu rekod baru dicatat.

Statistik menunjukkan pengundi seramai 7,480 (83.20%) keluar mengundi berbanding 6,777 (80.2%) membuang undi didalam pilihanraya umum lepas. Dan jikalah sentiment ala-ala Mesir cuba dimainkan, ia telahpun berpihak kepada BN kerana seperti yang diketahui keputusan di dua DUN berkenaan seperti berikut. Maksudnya rakyat bangun mempamerkan kebencian kepada provokasi serta kebencian yang ditanam oleh pembangkang.

Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad memungut 5,962 undi iaitu berjaya memperoleh undi majoriti berjumlah 3,643 undi jauh mengatasi undi majoriti lalu iaitu 2,154 undi.berbanding dengan calon PAS hanya mendapat 2,319 undi.

Pengundi di Kerdau menolak calon PAS (Hassanuddin Salim) yang dianggap calon kitar semula. Syed Ibrahim, calon BN memperoleh 5,060 undi berbanding 2,336 pihak lawan serta jika diterjemah, majoritinya ialah 2,724. Majorti yang lepas ialah 1,615.

Hujan yang turun di sebelah petang nampaknya berjaya menyejukkan perasaan penduduk-penduduk di kedua-dua DUN setelah hampir seminggu mereka diasak dengan sentimen kebencian yang cuba disemai oleh pihak pebmbangkang.

Menyedari PAS memerlukan suntikan semangat maka Bob Lokman, seorang bekas pak lawak diberi “rebranding”. Bob menyertai PAS menjelang hari penamaan calon di kedua-dua kawasan itu. Kalau dulu Bob lebih selesa dengan pakaian santai jeans dan baju pagoda, kini berketayap dan berjubah.PAS menjaja Bob sebagai ikon baru mereka ke merata tempat namun gagal memberi sebarang impak. Celoteh serta kiasan pedas Bob dipelbagai pentas ceramah sedikitpun tidak menjejaskan pengaruh BN. Orang sekadar ketawa melihat imej barunya dan tertawa celotehnya.

Keputusan pilihanraya kecil di dua DUN ini sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana awal-awal lagi “feel good factor” dilihat menyebelahi BN. Dan yang paling ketara ialah pengundi-pengundi Cina sudah semakin mendekati BN. Sentimen anti BN yang pernah melanda BN suatu masa dulu, sudahpun semakin menghampiri garisan pemulihan.

Keputusan pilihanraya di Merlimau dan Kerdau adalah rentetan dari kira-kira 16 pilihanraya kecil diadakan sejak pilihanraya umum ke 11 pada tahun 2008. Bermula dengan Permatang Pauh pada 26 Ogos, 2008, hingga selesai pemilihan wakil-wakil rakyat di Kerdau dan Merlimau 6 Mac lalu, BN dan pembangkang kini berkongsi 8 kemenangan masing-masing.

Walaupun demikian dan dilihat didalam perspektif yang lebih luas, kemenangan berganda BN di dua kawasan ini tentu membolehkan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Mahyuddin Yassin tersenyum puas.

Tidur malampun tidak lagi dibumbui dengan mimpi-mimpi yang membimbangkan. Najib yang baru pulang dari lawatan rasmi ke Australia tentu puas hati dengan prestasi timbalannya. Lebih-lebih lagi Kerdau adalah di Pahang dan jika keputusan di Kerdau tidak menyebelahi BN, imej Najib boleh terjejas. Mahyuddin tentu menyedari hakikat ini dan bukti kesungguhan dia menggerakan jentera BN hingga membawa kemenangan luar biasa sudah terbukti.

Sejak memperkenalkan KPI (atau Key Performance Index) juga dikenali sebagai Petunjuk Prestasi Utama, Najib sering mengingatkan orang-orang bawahannya supaya menepati kehendak indeks ini.

Justeru dalam jangkaan kita, Menteri Besar Pahang dan Ketua Menteri Melaka, rasa-rasanya sudahpun melepasi KPI dan jika prestasi ini boleh dijadikan kayu ukur, kita menjangka Pahang dan Melaka sudahpun terjamin pengekalan jawatan masing-masing.

Dan bagi Najib dan Mahyuddin, gandingan dua personaliti yang agak berbedza ini (dari segi stail dan pembawaan), KPI mereka yang dinilai oleh rakyat nampaknya, buat tahap ini, berjaya memperoleh markah yang tertinggi. Syabas.-9/3/2011

  1. No trackbacks yet.

You must be logged in to post a comment.
%d bloggers like this: