Gotong Royong Perdana


This slideshow requires JavaScript.

Majlis Ilmu Kelas Al-Quran dan Fardu Ain


This slideshow requires JavaScript.

Majlis Penyampaian Bantuan 1 Azam 1 Malaysia


This slideshow requires JavaScript.

Program Penyampaian Bantuan Bencana Alam


This slideshow requires JavaScript.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Adha


This slideshow requires JavaScript.

Berita Harian Online | DUN Sarawak bubar Isnin


Berita Harian Online | DUN Sarawak bubar Isnin.

Barisan Nasional kukuhkan kedudukkan di Merlimau dan Kerdau. Tahniah!


PRK N27 Merlimau: Keputusan Rasmi. BN 5962 undi, PAS 2319 undi. Majoriti 3643 undi.

PRK N28 Kerdau: Keputusan Rasmi. BN 5060 undi, PAS 2336 undi. Majoriti 2724 undi.

Hari Ini Dalam Sejarah


10 MARCH


 

PERASMIAN PEMBUKAAN BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BERHAD
Tarikh Peristiwa : 10-03-1966

Pada hari ini dalam tahun 1966, Perdana Menteri Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman Putra telah merasmikan pembukaan Bank Bumiputra Malaysia Berhad yang terletak di Lebuh Ampang, Kuala Lumpur. Bank ini ditubuhkan hasil daripada salah satu resolusi Kongres Ekonomi Bumiputra yang diadakan pada 4-6 Jun 1965 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Resolusi tersebut mencadangkan sebuah Bank Bumiputra hendaklah ditubuhkan sebagai suatu bank perniagaan biasa dengan modalnya disediakan oleh kerajaan sebelum hak miliknya diserahkan kepada kaum bumiputera melalui jualan sahamnya. Bank ini akan ditadbirkan seorang Pengarah Urusan dan sembilan orang Pengarah. Encik Mohd. Roslan Abdullah telah dilantik sebagai Pengarah Urusannya yang pertama.

 

DAN SETERUS………………


Bangunan MARA

PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN MARA
Tarikh Peristiwa : 10-03-1967
Pada hari ini dalam tahun 1967, bangunan MARA telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia. Bangunan ini merupakan pusat induk pengurusan dan pentadbiran MARA dan terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur. Bangunan setinggi lapan tingkat ini telah menelan kos pembinaan sebanyak RM3.5 juta. Tingkat satu hingga tingkat tiga telah menyediakan 30 buah ruang kedai. Manakala di tingkat empat hingga tingkat lapan berfungsi sebagai jentera pentadbiran. Pada tahun 2005, bangunan ini telah digantikan dengan bangunan baru setinggi 26 tingkat yang menjadi simbol kelangsungan agenda perjuangan Bumiputera. Ia terletak di antara Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Sesungguhnya, pembukaan bangunan MARA ini telah menjadi mercu tandakemegahan dan simbol perjuangan bangsa Melayu sertamembolehkan kaum Bumiputera berdiri di atas kakinyasendiri.
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

 

SKIM RUMAH PERTAMAKU PAMER KEJAYAAN PM!!


 

Kalau dulu golongan muda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah selalu garu kepala bila memikirkan bab nak beli rumah.Halangan terbesar biasanya ialah soal wang pendahuluan pinjaman perumahan 10 peratus. Kini mereka boleh masuk ke lebih daripada 20 institusi kewangan untuk mendapat pinjaman 100 peratus untuk membeli rumah.

Ini berikutan pelancaran Skim Rumah Pertamaku petang Selasa yang membolehkan mereka mendapat pinjaman 100 peratus membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkannya di PWTC berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

“Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat,” katanya. Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, sebulan boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

“Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut. Diharapkan skim ini juga akan menggalakkan pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia,” kata Najib.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd. Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).

Ketika pembentangan bajet 2011, tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit menerusi Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta disediakan, khususnya untuk membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah,” kata Najib. Perdana Menteri meminta agar semua institusi kewangan yang terlibat di bawah Skim Rumah Pertamaku mempermudahkan segala urusan pembiayaan bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah pertama mereka.

“Saya amat berharap bahawa segala urusan berhubung dengan skim ini dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak boleh memberi keuntungan yang besar kepada institusi kewangan tapi ini merupakan satu skim yang amat-amat bermakna kepada rakyat Malaysia,” katanya. Najib turut mempelawa bank-bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dengan sepenuhnya.

Pantau – Anwar Hantar Nurul Izzah ke Australia


Ini berita baru kami terima. Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan dalam twitternya bahawa anaknya, Nurul Izzah akan ke Australia pada minggu hadapan.

Pertanyaan @ernnieomar kepada @anwaribrahim

 

Jawapan @anwaribrahim kepada @ernnieomar

Difahamkan Nurul Izzah akan berada di sana untuk menghadiri satu forum anjuran Friends of  Malaysia, Australia & Singapore di Clayton Hall pada 18 Mac 2011 jam 6.45 petang waktu Australia.

Forum ini juga turut dihadiri oleh Raja Petra Kamaruddin, editor portal Malaysia Today.

Pengerusi forum itu adalah Dr.James Gomez yang juga merupakan ketua Friends of  Malaysia, Australia & Singapore.

 

Pamplet Kedatangan Nurul Izzah & Raja Petra ke Australia

Dr. James Gomez adalah bekas Pengurus Penyelidikan dan Komunikasi Serantau, Friedrich Naumann Foundation [FNF] klik sini dan ahli Parti Demokratik Singapura.

Beliau juga merupakan Pengasas Singaporean for Democracy sebuah NGO di Singapura yang mendapat dana daripada National Endowment for Democracy [NED] klik sini.